Sunday, 18 September 2011

Logo SKUAD 1Malaysia

Gabungan Sukarelawan Antidadah (SKUAD 1Malaysia) diwujudkan sejajar dengan saranan YB Menteri Dalam Negeri sempena perutusan beliau pada awal tahun 2011 agar semua agensi dan jabatan di bawah Kementerian dalam negeri menggerakkan gelombang kesukarelaan. 

Matlamat utama penubuhan SKUAD 1 Malaysia adalah supaya semua sukarelawan bergerak sebagai satu pasukan yang membantu pihak kerajaan khususnya dalam menangani masalah dan ancaman dadah.

Gabungan SKUAD 1Malaysia terdiri daripada Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD), Ahli Lembaga Pelawat, rakan Antidadah (RADA), Masyarakat Wanita Antidadah (MAWADAH), persatuan Alumni Agensi Antidadah Kebangsaan (PENDAMAI) dan Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). 

Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD)
Majlis Dadah Kebangsaan (MDK) dalam mesyuarat pada 19 September 2000 telah bersetuju dengan cadangan AADK untuk mewujudkan Jawatankuasa Pemulihan Dadah Peringkat Derah (JKPD) yang dianggotai oleh Badan Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO's). Salah satu objektif utama JKPD ialah bagi menggalakkan penyertaan masyarakat dalam membantu penagih/bekas penagih dadah supaya tidak kembali menagih khususnya  dalam mengintegrasikan semula mereka ke dalam masyarakat, merancang, menyelaras dan melaksanakan program/aktiviti untuk bekas-bekas penagih. 


Rakan Antidadah (RADA)
Rakan Antidadah (RADA) diwujudkan bagi memberi peluang bagi golongan belia yang berumur 15 tahun ke atas yang berminat dan secara sukarela ingin membantu AADK di dalam program pendidikan pencegahan dadah, rawatan dan pemulihan serta penguatkuasaan.Ahli RADA berperanan sebagai mata dan telinga dalam membantu pihak kerajaan membanteras masalah dadah. RADA telah dilancarkan pada 28 November 2008 di Taman Tasik Titiwangsa oleh YB Timbalan Menteri Dalam Negeri,  Dato’Chor Chee Heung.


Masyarakat Wanita Antidadah (MAWADAH)
Program MAWADAH merupakan program pencegahan yang disasarkan kepada golongan wanita. Program ini diwujudkan bertujuan  bagi menggalakkan penglibatan wanita secara aktif dalam program pencegahan dadah dan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman kepada kaum wanita tentang peranan mereka dalam mendidik keluarga dan masyarakat supaya menentang pengaruh gejala dadah.Pelancaran MAWADAH telah dirasmikan di Terengganu pada Februari 2009 oleh YB Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Syed Hamid Albar.

Persatuan Alumni AADK  (PENDAMAI)
PENDAMAI merupakan persatuan bekas-bekas penagih dadah yang telah ditubuhkan pada bulan September 2002 dan telah dirasmikan pelancarannya oleh YB Dato’ Noh Omar, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri bertempat di Dataran Shah Alam.  PENDAMAI telah ditubuhkan di setiap negeri dan persatuan ini telah diterima sebagai satu badan NGO yang mampu memberi sumbangan dalam menangani masalah dadah di negara ini. Peranan utama PENDAMAI ialah menjadi Rakan Kerja kepada AADK dan agensi-agensi, NGO peringkat negeri dan antarabangsa dan menjadi Rakan Kepulihan kepada semua bekas penagih dan penagih-penagih dadah.


Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
PRS ditubuhkan bagi membolehkan bekas-bekas penagih dadah berpersatuan dan merancang serta terlibat secara aktif sebagai pembimbing bagi membantu rakan-rakan yang senasib dengan mereka untuk mengekalkan kepulihan secara total.


Ahli Lembaga Pelawat
Keahlian Lembaga Pelawat adalah mengikut Kaedah-kaedah Pusat Pemulihan Dadah 1983. Peranan utama ahli Lembaga Pelawat ialah menjaga kebajikan penghuni-penghuni PUSPEN. Ahli Lembaga Pelawat boleh membuat syor-syor penambahbaikkan kepada Ketua Pengarah AADK mengenai apa-apa perkara berhubungan dengan pusat. Ahli Lembaga Pelawat juga bertanggungjawab membuat lawatan ke pusat sekurang-kurangnya 2 bulan sekali.



Jika anda berminat untuk menjadi ahli SKUAD 1Malaysia, sila hubungi kami di talian 03-89112200 sambungan 2407 / 2406 untuk maklumat lanjut.

think health, not drugs: sketsa pagi raya : sebuah kisah benar

think health, not drugs: sketsa pagi raya : sebuah kisah benar: pada suatu aidil fitri yang indah ayah, mama, kakak abang, adik dan saya telah mengunjungi nenek dan datuk di kampung. kami merasa sangat s...

Monday, 23 May 2011

Sajak "Dadah Durjana"

Dadah Musuh Negara



Dadah,
Kau datang mengaku kawan
Konon membantu meringan beban
Tetapi, wahai teman
Kau sebenarnya musuh
Musuh nombor 1 negara



kau buat mereka alpa
kau buat anak bangsa rebah
kau musuh negara !



Tatkala negara membangun
kau meratah belia negara
punah, musnah, lemah
kerana kau... dadah durjana



Ectacy, Heroin , Ganja
Pelbagai nama dan rupa
namun aku bersumpah
kau akan musnah



Teman,
Marilah kita bangkit bersama
Perangi Dadah Musuh Negara




PINCANGNYA SEBUAH MARUAH



Lorong gelap kian bercahaya
Dek sinar berbalam lilin-lilin hina
Menyokong hidup bangkai bernyawa
Longlai meredah malam gelita
Menyusuri ruang-ruang hitam
Bagaikan syurga mereka
Di suatu sudut dunia



Debu itu pilihan mereka
Ringgit dikorban bukan halangan
Mereka tega demi kepuasan
Segala dilakukan penuhi keinginan
Rapuhnya



Apakah hilang  warasnya fikiran?
Hingga nyawa terus diperjudikan
Manakah perginya walau secubit keinsafan ?
Apakah mati ditelan zaman?
Manakah hilangnya slogan takkan melayu hilang di dunia



Ayuh .sedarlah bangsaku
Segera bangkit dari mimpi duniamu
Ayuh..kita cantas, kita tepis, kita lempar segala kegelapan yang menyulubungi diri
Kita kembali ke landasan Illahi Rabbul Izzati
Agar pentas dunia ini menjadi saksi
Bahawa kita mampu mencorak sebuah masyarakat madani



DADAH DURJANA



Dadah
Tika dulu kau bagai penawar
Mengukir sejarah di bidang perubatan
Penyelamat nyawa tika kesakitan



Namun kini
Martabatmu begitu hina
Hadirmu bak najis semata
Kau hanyalah pemusnah
Generasi dunia



Dadah
Kau umpama racun yang mengalir
Dalam pembuluh darah
Bagai jarum yang ditusuk hingga ke tulang
Perit..
Pedih..



Dadah
Kau durjana
Hadirmu membawa derita
Khayalan sementara cuma
Imaginasi dusta di bumi nyata
Membawa kesedihan
Mengundang derita sengsara
Dan mengusung
Kematian..



Wahai Bangsaku



Ketika mentari senja berlabuh,
Merah jingga di ufuk barat,
Seorang anak muda,
Terdampar lesu di balik tirai batu
Gelap gelita
Tanpa sinar cahaya



Bangsaku,
Bangunlah dari lenamu,
Lontarkan semua mimpi-mimpi palsumu,
Jangan biarkan dadah durjana,
Memimpin hidupmu.



Bangsaku,
Marilah bersama-samaku,
Membangun sebuah Negara,
Tanpa,
Dadah durjana.



SEGENGGAM RESOLUSI



Anak anak membesar dalam alam persekolahan
Di sana budi tersemai ilmu tercanai
Di sana benteng dibina menghindar segala bencana
Guru, murid dan ibu bapa menjadi pendokong bersama
Mengintegrasikan pendidikan pencegahan dalam pengajian dan penyerapan nilai mulia
Akan lahirlah generasi pewaris gah dan perkasa
Warga berilmu membina keutuhan bangsa
Penggerak wadah pembangunan negara
Bebaskan Sekolah dari angkara dadah yang berbahaya



Antara parah dan pasrah
Dadah membawa parah
Racun berbisa yang mengoyak susila bangsa
Mari kita bina sebuah komuniti teguh dan perkasa
Mantapkan kesetiakawanan dan pengakraban barisan Kita adalah bangsa yang bermaruah dan penuh jati diri
Bebaskan! Bebaskan! Dadah dalam komuniti



Kita tolak dadah!
Bebaskan dadah dalam keluarga
Kita tolak dadah!
Bebaskan dadah dalam sekolah
Kita tolak dadah!
Bebaskan dadah di tempat kerja
Kita tolak dadah!
Bebaskan dadah dalam komuniti
Kita tolak dadah!
Dadah tidak lagi dimana-mana
Bebaskan dadah dalam negara kami
Itulah janji kami dalam segengam resolusi

Sunday, 22 May 2011

DADAH

PENGERTIAN DADAH
Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.
JENIS-JENIS DADAH
Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian.
    1. Opiat
    2. Perangsang (stimulants)
    3. Penekanan (Depressants)
    4. Hallucinogen
    5. Ganja (Cannabis)
OPIAT
Dadah yang paling merbahaya dan banyak sekali disalahgunakan. Dadah dalam golongan ini ialah:- Asli, Candu, Morfin, Heroin, Kodein, Ganja
PERGANTUNGAN PADA DADAH (DRUG DEPENDENCE)
Pergantungan pada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya, yang ujud daripada penggunaan dadah yang berterusan atau diwaktu-waktu tertentu. Pergantungan psikologi atau jiwa ialah satu istilah biasanya dimaksudkan kepada satu idaman kuat yang berlebih-lebihan terhadap bahan-bahan tertentu tetapi tidak ada pergantungan badan. Pergantungan fizikal atau badan ialah penyesuaian badan secara jasmaniah terhadap ujudnya sejenis dadah secara berterusan. Apabila pergantungan ini telah dibina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka, sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya serta merta. Sifat dan kekuatan tanda-tanda pengunduran itu bergantung pada dadah yang sedang digunakan dan banyak dose yang diperolehi tiap-tiap hari.
JENIS-JENIS DADAH YANG KERAP DIGUNAKAN DINEGERI INI
Walaupun penggunaan dadah yang ditentukan oleh doktor telah mendapat perhatian pihak berkuasa. Dadah-dadah yang kerap digunakan adalah Heroin, Morfin, Candu, ganja (hashish atau marijuanan atau cannabis), amphetamin, barbitured, pill mx, kokain dan lain-lain.
APAKAH FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KEPADA SALAHGUNA DADAH
Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuat penyelidikan atas penagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakan dadah adalah seperti berikut:-
    1. Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.
    2. Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu.
    3. Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
    4. Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
    5. Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
    6. Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibubapa.
    7. Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah.
    8. Mengikut tekanan darah mudanya dengan sekehendak hatinya.
    9. Kerana keporak perandaan rumahtangga.
    10. Kerana tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak.
    11. Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya.
    12. Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah untuk menjalankan pengaruhnya.
    13. Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai Agama.
DADAH YANG TERKENAL DI SABAH
1. APA DIA SYABU
I.I. Nama panggilan dan nama saintifik
SYABU ialah nama panggilan (street name), iaitu sejenis dadah. yang berada dalam kumpulan SUMUIAN yang mana istilah saintifiknya "dMethamphetamine hydrochloride". Perkataan syabu sebenamya berasal daripada bahasa Tagalog di negara Filipina dan ianya telah menjadi satu nama yang popular digunakan di Sabah oleh kerana pengaruh pengguna -pengguna dan pengedar-pengedar 'pioneer' di Sabah yang terdiri daripada pendatang tanpa izin yang berbangsa Filipin. Penggilan-panggilan lain yang digunakan oleh pengguna-pengguna di pasaran Sabah dan luar Sabah adalah seperti berikut:-
  1. ICE
  2. GLASS
  3. CRACK METH
  4. HIROPONG
  5. BATU (STONES)
Oleh kerana majalah ini adalah berpandukan kepada latar belakang bahan ini di negeri Sabah, maka panggilan SYABU akan digunakan bagi tujuan rujukan.
1.2 Rupa Syabu Di Pasaran
Syabu berbentuk hablur tawas yang halus serta berwarna cerah/putih dan bersifat lutcahaya ( colourless rock-like transparent granules) yang halus.
1.3. Bungkusan (Packaging)
Syabu dipasarkan dalam bentuk bungkusan plastik kecil yang  berukuran 2cm x 2cm dan bungkusan yang berupa demikian biasanya mengandungi berat lebih kurang 0.045 gram dan ianya hanya cukup bagi kegunaan sekali sahaja yang biasanya dinamakan 'deck' atau 'layaran' bagi kegunaan penagih syabu.
1.4. Isi Kandungan (Ingredient) dan Synthesis
Bahan-bahan syabu yang utama ialah " d-Methamphetamine" yang tersenarai di bawah Bahagian III Jadual Pertama dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (pin. 1977) sebagai satu bahan dadah. Antara bahan-bahan lain ialah ephedrine, hydrochoride acid dan synthesis kimia sepwi berikut :-
C6 H5 CH (OH) CH (CH3) NHCH3 + HI + P4 C6 H5 CH2 CH (CH3) NHCH3
2. LATAR BELAKANG
2.1.   Syabu adalah satu jenis dadah tiruan atau pun 'DESIGNER DRUGS' yang telah wujud sejak perperangan dunia yang kedua. Pada, ketika itu, juru terbang (Fighter pilot) menggunakan syabu perlu berjaga-jaga semasa dalam penerbangan jauh dan juga askar-askar lain berperang tanpa tidur untuk tempoh masa yang panjang;
2.2.   Mereka yang paling mengemari mengguna syabu pada masa perperangan tersebut adalah askar-askar Amerika Syarikat, China dan Jepun. Oleh kerana itu, adalah sukar bagi menentukan pihak manakah yang mula bertanggungjawab atas rekaan syabu. Apa yang mereka mementingkan ialah supaya mendapatkan kesan positif daripada syabu tanpa mengirakan kesan negatithya yang kadangkala boleh mendatangkan maut;
2.3.   Dari segi sejarah Sabah, syabu mulai dikesan pada awal tahun 1992 yang dipengaruh oleh pembiakan Syabu kerana kebanyakan daripada pendatang-pendatang tanpa izin warganegara Filipina di Sabah adalah pengguna syabu dan syabu yang mereka bawa bersama-sama untuk kegunaan sendiri telah diedarkan juga kepada penduduk-penduduk tempatan. Pengaruh Syabu di Filipin pula telah ditinggalkan oleh askar-askar Amerika Syarikat yang telah lama berkhidtnat di negara tersebut.
3. KEMASUKKAN SYABU KE SABAH
3.1. Bekalan Syabu diseludup dari kepulauan Selatan Filipina yang terdiri daripada pulau Palawan, Mindanao, Tawi-Tawi, Basilan, Siasi dan Jolo yang terletak disebelah Timor Utara yang hanya dipisahkan oleh lautan SuIu dan Sulawasi. Daerah- daerah di pantai Timor Sabah seperti Sandakan, Kudat, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau adalah menjadi tempat ' Landing Point' oleh pengedar-pengedar syabu. Selain Pendatang Tanpa lzin (PTI), yang masuk secara haram, terdapat juga pengedar-pengedar Filipina yang memiliki paspot datang ke Sabah dengan membawa syabu masuk secara sah melalui pintu-pintu masuk seperti:
3. 1. 1. Barter Trader( Kapal pertukaran barang dagang);
3.1.2. Feri dari Zamboanga ke Sandakan; dan
3.1.3. Penerbangan antarabangsa dari Manila dan Zamboanga.

3.2. Bot-bot seperti 'speed boat' merupakan pengangkutan utama, masuk ke Sabah secara haram dengan membawa bersama-sama mereka (PTI) sedikit-sebanyak Syabu semasa mendarat di daerah Sabah yang mana sukar dikesan oleh pihak berkuasa. Syabu yang berjaya diseludup masuk dibawa ke Kota Kinablu, ke Brunei dan lawas, Sarawak dengan menggunakan kenderaan. Manakala ke W.P. Labuan dengan menggunakan Feri dari Kota Kinabalu. Dan dari W.P. Labuan Syabu diseludup pula masuk ke Brunei dengan menggunakan bot-bot yang berulang-alik. Syabu juga diseludup ke Brunei melalui daerah Sipitang.
4.3. Mengikut statistik aktiviti menyeludup syabu telah meningkat begitu mendedak sekali. Peningkatan itu disebabkan faktor-faktor berikut:
4.3.1    Permintaan Syabu adalah lebih popular jika dibandingkan dengan ganja;
4.3.2    Keuntungan yang lumayan jika dijual di Sabah dengan nilai mata, wang Malaysia berbanding dengan pesos di Filipina; dan
4.3.3    Menyembunyi dan membawa syabu adalah lebih senang jika dibandingkan dengan ganja.
4.4. Peningkatan permintaan syabu juga ada kaitan dengan kesan-kesan positif kepada pengguna seperti berikut:
4.4.1. Hilang mengantuk dan beijaga-jaga lebih daripada 24jam;
4.4.2. Kekuatan mental dan fisikal.;
4.4.3. Keseronokan dan khayalan;
4.4.4. Bertambah kesoronokan seks dan tahan daya; dan
4.4.5.. Hilang selera makan.
Syabu akan berkesan diantara 15 hingga 60 minit selepas dihisap kesannya boleh berlanjutan sehingga beberapa jam kemudian.
5. PENGEDAR/PENYELUDUP (MODUS OPERANDI) SYABU
Kebanyakan pengedar-pengedar syabu yang terdapat di Sabah adalah secara kecil-kecilan yang dilakukan secara individu. Mengikut risikan mereka menggunakan berbagai-bagai tektik untuk menyeludup syabu dan diantaranya adalah seperti berikut:
5.1.1. Menyembunyi didalam barang-barang persendirian seperti kain/baju dan lain-lain;
5.1.2. Dalam motor starter;
5.1.3. Lampu Kalimantang;
5.1.4 Bekas stater kalimantang
5.1.5. Bekas tin bedak;
5.1.6. Bekas bateri tetefon bimbit; dan
5.1.3. Tumit selipar/kasut.
5.2. Selain Filipina, negara Hong Kong juga mengeluarkan bekalan Syabu dan pembekal-pembekalnya dipercayai mendapat bekalan-bahan asli dari negara China ( mainland ) dan memproses Syabu di "underground laboratories" untuk dibekalkan ke Jepun, Taiwan dan juga sebahagian kecil kepada Sabah. Adalah dipercayai bahawa Syabu yang dibuat di Hong Kong adalah yang bermutu lebih tinggi jika dibandingkan syabu yang datang dari negara Filipina.
5.3. Syabu yang datangnya dari negara Filipina adalah terdiri daripada 90% yang peratus yang dibekalkan ke pasaran Sabah. lanya diseludup masuk dalam bentuk I kilogram, 1/2 kilogram atau dalam bentuk 'bar' yang berat 50 gram. Oleh kerana syabu merupakan bentuk halus dibanding dengan dadah lain seperti ganja, sejumlah besar dan berat boleh disembunyi melalui kumpit kumpit atau diseludup di atas badan dan ianya sukar dikesan. Syabu yang berjaya diseludup masuk akan dijual kepada pengedar tempatan yang akan membuat bungkusan semula dalam bentuk bungkusan plastik 5 gram, 1 gram dan tiub plastik kecil 0.045 gram untuk diedar kepada pasaran di Kota Kinabalu dan lain-lain daerah.
6. NAMA BRAND DAN GRED SYABU
6.1. Syabu yang terdapat di pasaran adalah terdiri daripada beberapa jenis nama mengikut rupa bentuk dan mutunya. Diantara nama-nama yang di panggil adalah seperti:
i) China White
ii) Cristal Stones
6.2. Pada umumnya, Syabu yang dipasarkan adalah dibahagikan kepada tiga gred iaitu
Gred I - Cristal Stones
Gred II - China White
Gred III - Syabu biasa yang kebanyakanya telah dicampur dengan tawas.

Syabu yang terdapat di pasaran Sabah kebanyakannya terdiri daripada syabu jenis Gred II
7. KESAN-KESAN ATAU AKIBAT PENYALAHGUNAAN SYABU [METHAMPHETAMINE]
7.1. Kesan-kesan negatif syabu dibahagikan kepada dua jenis iaitu jangka masa pendek dan masa panjang. Kesan negatif jangka masa pendek adalah seperti berikut:
  1. Khayalan atau halusianasi pada penghilatan dan pendengaran;
  2. Perangai cepat marah, resah dan perasaan tidak tenang;
  3. Kenaikan suhu badan dan tekanan darah tinggi; dan
  4. Bersifat agresif.
Akibat jangka masa panjang adalah seperti berikut:
  1. Kerosakan pada saraf otak dan mengalami angin ahmar (strok);
  2. Kurang siuman dan mengalami gangguan mental;
  3. Keracunan pada sistem saraf tunjang;
  4. Pergantungan psikologikal keatas Syabu dan rasa tidak boleh hidup tanpanya;
  5. Mendatangkan kerosakan pada tisu yang teruk dan boleh membawa maut; dan
  6. Boleh mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan Parkinson's Disease' yang sukar diubati.
8. KESALAHAN DlBAWAH ADB, 1952
METAMPHETAMINE adalah tersenarai di bawah Akta DadahBerbahaya 1952 (pindaan 1998) dan berkuatkuasa pada 15.9.98 mengikut Akta A 1025.
JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN
JENIS DADAH SEKSYEN KESALAHAN BERAT DADAH HUKUMAN/DENDA
Ganja 6 Memiliki Ke bawah 20gm RM 20,000/-atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
  39A (1) Memiliki 20gm keatas tetapi kurang daripada 50gm Tidak kurang 2 tahun penjara berat tidak kurang 3 kali dan tidak melebihi 10 kali.
  39A(2) Memiliki 50gm ke atas tetapi kurang dari 200gm Penjara seumur hidup atau tidak kurang 6 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.
  6B Menanam pokok ganja Tidak kira berapa pokok Penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 6 kali
  39B Mengedar 200gm ke atas MATI
Candu 9 Memiliki Ke bawah 100gm RM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
  39A(1) Memiliki 100gm ke atas tetapi kurang dari 250gm Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali.
  39A(2) Memiliki 250gm ke atas tetapi kurang dari 1000gm Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.
  39B Mengedar 1000gm MATI
Heroin/ Morfin/ Monoacetyl Morphine 12(2) Memiliki Ke bawah 2gm RM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
  39A(1) Memiliki 2gm ke atas tetapi kurang dari 5gm Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali.
  39A(2) Memiliki 5gm ke atas tetapi kurang dari 15gm Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.
  39B MENGEDAR 15gm ke atas MATI
Ubat Batuk 9(1) Memiliki / menjual / menyimpan / mengedar - RM3,000/- atau penjara tidak lebih dari 1 tahun atau kedua-duanya
Pil 30(3) Memiliki / menjual / menyimpan / mengedar - RM10,000/- atau penjara tidak kurang 4 tahun atau kedua-duanya
Syabu 12(2) Memiliki Kebawah 5gm RM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
  39A(1) Memiliki 5gm ke atas tetapi kurang dari 30gm Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali.
  39A(2) Memiliki 30gm ke atas tetapi kurang dari 50gm Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.
  39B MENGEDAR 50gm ke atas atau lebih MATI

Monday, 25 April 2011

Penyalahgunaan Dadah

Dewasa ini masalah keruntuhan akhlak di kalangan pelbagai masyarakat di negara kita amat mencemaskan dan menjadi semakin rumit untuk ditangani. Salah satu masalah sosial yang agak meruncing adalah penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat khususnya Umat Islam. Penyalahgunaan dadah yang berleluasa ini telah menimbulkan satu masalah besar kepada negara. Setiap tahun bilangan penagih kian bertambah sedangkan yang sedia menagih tidak pula berkurangana atau sembuh. Pihak kerajaan telah berusaha keras untuk menangani masalah ini yang kini telah menjadi satu agenda utama negara untuk membasminya. Berhubungan dengan itu, kita juga telah dikejutkan dengan kesan buruk akibat dari pengambilan dadah ini iaitu satu penyakit ‘kronik’ yang dikenali sebagai HIV (Human Immunodeficency Virus) dan AIDS (Aquired Immune Deficency Syndrome).
Walau pun kita semua benci kepada perkara ini, namun kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya untuk memulih dan menyelamatkan mereka yang terlibat
ini dan berharap mereka akan insaf serta berusaha memulihkan diri sendiri.

SERANGAN MUSUH ISLAM

Kita tahu bahawa musuh-musuh kita amat tidak suka melihat perkembangan Islam yang begitu maju dan terkehadapan dalam banyak segi. Mereka sentiasa mencari berbagai cara bagi menjatuhkan Islam dan cara yang paling berkesan ialah melemahkan kekuatan umat Islam itu sendiri. Penggunaan dadah sudah diketahui umum cukup berjaya dan inilah yang dibawa oleh musuh Islam. Dalam keghairahan kita mengejar kehidupan kita kadangkala terlupa tentang jerat yang menanti kita.

APA ITU DADAH?

Mengikut Risalah kecil 'Islam Memusuhi Dadah' yang diterbitkan oleh Pasukan Petugas Khas Anti dadah, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1993, telah memberi penjelasan seperti berikut : Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf seperti menyebabkan keadaan
mabuk, khayal, ketagih, gangguan tingkahlaku dan sebagainya. Penggunaannya yang berterusan akan mendatangkan bahaya dan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat,
negara dan agama Islam. · Takrif ini tidak meliputi alcohol dan tembakau serta ubat yang juga merupakan bahan kimia asli atau tiruan yang digunakan untuk mengesan , mencegah atau mengubati penyakit.

JENIS DADAH

Dadah boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama, iaitu : 1. Depresan - termasuk heroin, morfin, candu, kodein dan barbiturat. 2. Stimulan - termasuk kokain, amfetamin, gam ,
pelarut organik seperti benzin dan cat. 3. Halusinogen - termasuk ganja, habish, LSD, PCP,’Crack’ dan bahan yang mengandungi psilosibin.

MENGAPA ISLAM MELARANG PENGAMBILAN DADAH

Dalam menjamin kesejahteraan hidup, Islam telah menetapkan panduan-panduan dan larangan-larangan dalam pengambilan bahan makanan atau barang gunaan agar umatnya tidak terjerumus dalam mengambil benda-benda yang ditegah. Ini semua adalah untuk memastikan kesinambungan hidup manusia agar sentiasa terpelihara akidahnya. Kita sering mendengar pepatah arab yang menyebut :
Maksudnya :' Akal yang sihat terletak pada tubuh badan yang sihat'. Ini bermakna hubungan di antara akal (mental/spritual) dan badan (fizikal) amat berkaitrapat dan akan
memberi kesan yang mendalam di antara satu sama lain. Oleh kerana itu, Islam menggesa umatnya supaya mengambil makanan yang baik dan halal termasuklah bersih dan
berkhasiat . Tegahan mengambil benda/bahan makanan yang kotor, jijik dan keji serta yang ditegah adalah jelas dilarang sama sekali termasuklah mengambil benda-benda yang
memabukkan seperti dadah. Kerana mempunyai kaitan yang rapat dengan mental/spritual maka ia amat mempengaruhi kesempurnaan amal ibadat seseorang. Sebagai umat Islam, kita perlu mengetahui bahawa dadah adalah sejenis ‘bahan’ kotor, najis, jijik dan keji yang boleh merosakkan kesihatan tubuh badan kerana sifatnya yang memabukkan/
mengkhayalkan. Perbuatan mengambil dadah sama seperti sengaja melibatkan diri dalam larangan-larangan Allah S.W.T. dan ianya amat ditegah. Firman Allah S.W.T. dalam
al-Qur’an surah al-Baqarah ayat 195 bermaksud:
… Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan …'

HUKUM

Larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil yang diqiaskan kepada arak. Dalam al Qur’an banyak menyebut mengenai pengharaman arak dan dalil
pengharaman ini bersandarkan kepada keterangana nas-nas (al-Qur’an dan al hadith) kerana ia termasuk dalam pengertian umum ‘benda-benda yang memabukkan, yang
menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai alasan hukum yang sama iaitu ‘memabukkan’ atau kerana terdapat keburukan-keburukan terhadap individu-individu dan
masyarakat. Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya :' Setiap yang memabukkan adalah khamar dan setiap khamar adalah haram'.(Riwayat Muslim)
KESAN PENGAMBILAN DADAH
i. Dadah Menghancurkan Rumahtangga : Keluarga dinaungi oleh ketua yang menjadi penagih akan menimbulkan berbagai kesulitan dan masalah di antaranya tidak dapat menyediakan nafkah yang diperlukan bahkan terdapat yang memaksa isteri dan anak-anak memberi wang untuk membeli dadah. Sebagai ketua keluarga, Islam menitikberat mengenai kehidupan ahli keluarga agar dipelihara dengan sebaik-baiknya. Firman Allah S.W.T. dalam surah at-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:''...peliharalah diri kamu dan keluarga kamu api Neraka… '.
Rasulullah s.a.w
bersabda Maksudnya : ' Seseorang itu adalah berdosa jika dia menyempitkan orang yang di bawahnya '. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
ii. Dadah Menimbulkan Masalah Jenayah :
Jenayah seringkali juga dikaitkan dengan penagih-penagih. Masalah ketiadaan sumber kewangan untuk memenuhi keperluan keluarga dan diri sendiri boleh menyebabkan hilang
punca kawalan diri dan cara yang paling mudah untuk mendapat wang adalah melakukan jenayah sama ada mencuri, memeras ugur, merompak atau membunuh.
iii. Dadah
Merosakkan Diri Sendiri : Apa yang sungguh menyedihkan ialah penagih-penagih yang sebati dengan dadah ketagih sudah tidak dapat dipulihkan lagi. Mereka ini tidak dapat
mengawal diri sendiri, kotor, busuk malah telah menjadikan lorong-lorong tertentu sebagai tempat tinggal. Sungguh memilukan mata memandang. Bayangkan jika mereka ini terdiri dari kalangan keluarga kita, apa yang patut kita buat?. Mereka ini sudah tiada haluan hidup, dibenci masyarakat dan membebankan negara.
iv. Dadah Mendatangkan Penyakit HIV/AIDS :Salah satu kesan buruk yang amat ditakuti pada hari ini akibat dari pengambilan dadah yang berterusan adalah berkemungkinan mengidap penyakit HIV/AIDS. Memang sudah diketahui umum, bagi penagih yang berada dalam peringkat ketagihan dadah akan menggunakan berbagai cara untuk menghilangkan ketagihan itu, di antaranya melalui suntikan pada anggota badan. Bagi yang tidak mempunyai cukup wang, mereka sanggup berkongsi jarum
dan cara inilah yang menyebabkan menularnya penyakit tersebut. Apa yang lebih mendukacitakan ialah penyakit ini masih belum dapat dirawat sepenuhnya,
hanya bertahan untuk satu waktu yang tidak dapat dipastikan. Dalam kes seperti ini sama ada penagih itu mengidap penyakit atau sebagai pembawa penyakit, mereka seringkali dipandang hina oleh masyarakat bahkan keluarga sendiri termasuk isteri/suami dan anak-anak. Masyarakat juga takut diri mereka dijangkiti penyakit tersebut. Masalah ini kadangkala menjeruk hati dan perasaan pasangan berkenaan kerana berada dalam keadaan serba salah.

v. Dadah Membunuh Diri Sendiri :
Di atas larangan yang paling besar perlu dipastikan oleh umat Islam ialah tidak dibenarkan membunuh diri sendiri walau dalam keadaan apa sekalipun, dan mengambil dadah boleh membawa kepada kematian. Tegahan membunuh diri jelas dalam al-Qur’an,
Allah berfirman dalam surah al-An’am ayat 151 bermaksud :' …dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah melainkan dengan jalan yang hak.…'

Penutup :

Islam amat menitikberatkan mengenai kesejahteraan hidup umatnya. Dalam banyak perkara, keutamaan terhadap keimanan seseorang adalah menjadi tunjang utama untuk mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan hidup. Jelaslah syariat Islam diturunkan adalah untuk memelihara kewujudan ummah dengan memelihara perkara-perkara asas iaitu jiwa, akal, keturunan, agama, kehormatan di samping mengharamkan segala yang boleh merosakkannya. Insya Allah, kita semua akan dijauhi dari bahaya dadah ini.

Artikel dari Jabatan Mufti Negeri Pahang