Monday, 23 May 2011

Sajak "Dadah Durjana"

Dadah Musuh Negara



Dadah,
Kau datang mengaku kawan
Konon membantu meringan beban
Tetapi, wahai teman
Kau sebenarnya musuh
Musuh nombor 1 negara



kau buat mereka alpa
kau buat anak bangsa rebah
kau musuh negara !



Tatkala negara membangun
kau meratah belia negara
punah, musnah, lemah
kerana kau... dadah durjana



Ectacy, Heroin , Ganja
Pelbagai nama dan rupa
namun aku bersumpah
kau akan musnah



Teman,
Marilah kita bangkit bersama
Perangi Dadah Musuh Negara




PINCANGNYA SEBUAH MARUAH



Lorong gelap kian bercahaya
Dek sinar berbalam lilin-lilin hina
Menyokong hidup bangkai bernyawa
Longlai meredah malam gelita
Menyusuri ruang-ruang hitam
Bagaikan syurga mereka
Di suatu sudut dunia



Debu itu pilihan mereka
Ringgit dikorban bukan halangan
Mereka tega demi kepuasan
Segala dilakukan penuhi keinginan
Rapuhnya



Apakah hilang  warasnya fikiran?
Hingga nyawa terus diperjudikan
Manakah perginya walau secubit keinsafan ?
Apakah mati ditelan zaman?
Manakah hilangnya slogan takkan melayu hilang di dunia



Ayuh .sedarlah bangsaku
Segera bangkit dari mimpi duniamu
Ayuh..kita cantas, kita tepis, kita lempar segala kegelapan yang menyulubungi diri
Kita kembali ke landasan Illahi Rabbul Izzati
Agar pentas dunia ini menjadi saksi
Bahawa kita mampu mencorak sebuah masyarakat madani



DADAH DURJANA



Dadah
Tika dulu kau bagai penawar
Mengukir sejarah di bidang perubatan
Penyelamat nyawa tika kesakitan



Namun kini
Martabatmu begitu hina
Hadirmu bak najis semata
Kau hanyalah pemusnah
Generasi dunia



Dadah
Kau umpama racun yang mengalir
Dalam pembuluh darah
Bagai jarum yang ditusuk hingga ke tulang
Perit..
Pedih..



Dadah
Kau durjana
Hadirmu membawa derita
Khayalan sementara cuma
Imaginasi dusta di bumi nyata
Membawa kesedihan
Mengundang derita sengsara
Dan mengusung
Kematian..



Wahai Bangsaku



Ketika mentari senja berlabuh,
Merah jingga di ufuk barat,
Seorang anak muda,
Terdampar lesu di balik tirai batu
Gelap gelita
Tanpa sinar cahaya



Bangsaku,
Bangunlah dari lenamu,
Lontarkan semua mimpi-mimpi palsumu,
Jangan biarkan dadah durjana,
Memimpin hidupmu.



Bangsaku,
Marilah bersama-samaku,
Membangun sebuah Negara,
Tanpa,
Dadah durjana.



SEGENGGAM RESOLUSI



Anak anak membesar dalam alam persekolahan
Di sana budi tersemai ilmu tercanai
Di sana benteng dibina menghindar segala bencana
Guru, murid dan ibu bapa menjadi pendokong bersama
Mengintegrasikan pendidikan pencegahan dalam pengajian dan penyerapan nilai mulia
Akan lahirlah generasi pewaris gah dan perkasa
Warga berilmu membina keutuhan bangsa
Penggerak wadah pembangunan negara
Bebaskan Sekolah dari angkara dadah yang berbahaya



Antara parah dan pasrah
Dadah membawa parah
Racun berbisa yang mengoyak susila bangsa
Mari kita bina sebuah komuniti teguh dan perkasa
Mantapkan kesetiakawanan dan pengakraban barisan Kita adalah bangsa yang bermaruah dan penuh jati diri
Bebaskan! Bebaskan! Dadah dalam komuniti



Kita tolak dadah!
Bebaskan dadah dalam keluarga
Kita tolak dadah!
Bebaskan dadah dalam sekolah
Kita tolak dadah!
Bebaskan dadah di tempat kerja
Kita tolak dadah!
Bebaskan dadah dalam komuniti
Kita tolak dadah!
Dadah tidak lagi dimana-mana
Bebaskan dadah dalam negara kami
Itulah janji kami dalam segengam resolusi

1 comment: